Isnin, 7 April 2014

Lagu Sekolah


LAGU SEKOLAH


IKHLAS BUDI TABUR KERINGAT JASA
SKTL TEMPATKU BELAJAR
LUHUR HATI TIAP ILMUKU TERIMA
SKTL TEMPATKU BERJAYA
BERILMU
BERAMAL
MARI KITA BERUSAHA
BERAKHLAK
BERJAYA
AGAR DIKENANG SENTIASA
RAKAN-RAKAN KU KENANG BERSAMA
JASA GURU KU KENANG SELAMA
SKTL NAMAMU KU JAGA
SKTL SEKOLAH TERCINTA

Sejarah Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang


Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang telah ditubuhkan pada tahun 1924. Lokasi asalnya adalah di Kampong Tanjong Lalang yang terletak kira-kira 3 km dari Bandar Temerloh. Kampung terletak di tepi Sungai Semantan yang merupakan antara petempatan awal perkampungan Melayu di Temerloh. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Abdul Manaf bin Benar.
 
Bangunan asalnya hanyalah bangunan yang dibina oleh  penduduk setempat, yang merupakan bangunan yang hanya berlantaikan tanah, berdindingkan pelepah nipah dan beratapkan daun nipah. Kerusi meja bagi pelajar juga dibuat sendiri oleh  penduduk setempat menggunakan batang kayu dan papan.
 
Pada tahun 1958, sekolah ini telah berpindah ke lokasi yang baru, yang terletak antara Kampong Paya Kechik dan  Kampong Tualang. Ia merupakan sebuah kawasan tanah gazet kepunyaan Public Work Department pada ketika itu, yang kini dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun, nama asalnya dikekalkan walaupun berpindah ke lokasi sekarang.
Di lokasi yang baru, pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang menempatkan enam bilik darjah. Pada ketika itu, jumlah murid dianggarkan seramai 150 orang.  Guru Besar pada ketika itu ialah Encik Mohd Yusof bin Haji IdrisBeliau merupan seorang guru yang amat mementingkan kebersihan murid serta menitikberatkan pencapaian akademik.
 Bangunan  kedua telah dibina pada tahun 1962. Bangunan ini menempatkan 4 buah bilik darjah, pejabat sekolah dan bilik guru. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh
KDYMM Sultan Pahang ketika itu, Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah.
 
Oleh kerana lokasi sekolah ini terletak di persekitaran beberapa buah kampong dan taman perumahan, maka permintaan dari ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini agak tinggi. Bagi menampung pertambahan murid yang semakin pesat, sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina pada tahun 1993. Bangunan  tersebut menempatkan tujuh buah bilik darjah, sebuah makmal sains dan ruangan serbaguna di tingkat bawah dan kini telah diubahsuai menjadi dewan utama sekolah.
 
Pencapaian akademik sekolah telah menempuh peningkatan dari semasa ke semasa dan lokasinya di laluan utama ke Bandar     Temerloh merupakan faktor sekolah ini terus menjadi pilihan utama ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah ini. Maka, pada tahun 2000, sebuah bangunan tambahan telah dibina untuk menampung murid yang semakin bertambah. Bangunan yang keempat ini menempatkan enam bilik darjah, sebuah makmal sains dan dua buah kelas prasekolah di aras paling bawah.Pada tahun 2004, seiring dengan usaha kerajaan mementingkan prasarana pendidikan Negara, sekolah ini telah diberikan peruntukan untuk membina sebuah bangunan empat tingkat bagi menempatkan bilik-bilik khas dan bilik darjah yang selesa.   Bangunan ini telah dibina di atas tapak bangunan pertama.  Bangunan baru ini mengandungi tujuh bilik darjah, pusat  sumber sekolah, pejabat sekolah, bilik guru, bilik kemahiran hidup dan bilik muzik.
 
Jumlah murid sekolah ini pernah mencecah angka melebihi 1000 orang murid dan merupakan sekolah gred A. Sekolah Kebangsaan  Tanjong Lalang juga telah mencapai kejayaan yang agak  memberangsangkan dari setahun ke setahunMulai tahun 2006, sekolah ini menempa kejayaan dalam peperiksaan UPSR dengan peratusan yang melebihi 75%. Sehingga kini sekolah ini sentiasa berada pada peratusan yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan komitmen yang tinggi semua pihak yang berterusan dalam mempastikan prestasi sekolah terus meningkat. Maka, pada tahun 2000, sebuah bangunan tambahan telah dibina untuk menampung murid yang semakin bertambah. Bangunan yang keempat ini menempatkan enam bilik darjah, sebuah makmal sains dan dua buah kelas prasekolah di aras paling bawah